fbpx

Soalan Lazim

Projek Sedekah Ramadhan 1442H/2021

FAQ

1. Dimana projek Sedekah Ramadan Al-I’tisam akan dilaksanakan?

Projek Sedekah Ramadan akan diadakan di 10 buah negara di dunia. Negara-negara tersebut adalah Malaysia, Palestin, Syria, Yemen, India, Nepal, Bangladesh (Rohingya), Myanmar (Rohingya), Kemboja dan Lebanon.

2. Mengapakah kutipan dana dilakukan sekarang?

Projek Sedekah Ramadan perlukan perancangan rapi dan teliti. Banyak cabaran dan kekangan yang harus dihadapi bagi melaksanakannya. Perancangan awal tersangat penting bagi menjayakannya.

a) Kumpulan sasaran Sedekah Ramadan kami terdiri dari orang miskin, pelarian, orang teraniaya, orang dizalimi dan yang seumpama dengannya. Disebabkan situasi yang dihadapi mereka sekarang, kumpulan sasaran ini sentiasa bergantung kepada bantuan luar untuk mendapatkan sumber makanan. Oleh yang demikian, kami bercadang bantuan makanan Sedekah Ramadan tahun ini dapat diedarkan pada hari pertama Ramadan iaitu bermula pada 12 April 2021. Ini membolehkan umat Islam yang menjadi kumpulan sasaran kami dapat BERPUASA daripada awal hingga akhir Ramadan, Insya-Allah.

b) Banyak projek-projek Sedekah Ramadan kami akan diadakan di negara-negara yang bergolak dan situasi di negara-negara tersebut sangat merbahaya. Perancangan awal perlu dilakukan bagi memastikan Sedekah Ramadan sampai dengan selamat dan tepat pada waktunya supaya edaran dapat dimulakan pada 1 RAMADAN tanpa sebarang kelewatan.

3. Bolehkah saya bersedekah berulang kali?

Memang digalakkan. Salah satu tujuan utama projek Sedekah Ramadan ini dibuat awal ialah supaya para penyumbang yang ingin menyumbang secara ANSURAN dapat melakukannya bermula 1 Mac sehinggalah tarikh akhir Ramadan yang dijangka pada 12 Mei.

Tidak semua kita mampu bersedekah pada jumlah yang banyak sekali gus. Kita ada sekurang-kurangnya 10 minggu untuk mengumpul sedekah kita sebelum penghujung Ramadan. Jika kita menyumbang RM10.00 seminggu, bermakna sehingga akhir Ramadhan nanti jumlah Sedekah Ramadan terkumpul kita ialah RM100.00. Bersedekahlah, Allah menjanjikan harta kita tidak berkurang dengan bersedekah malah pintu rezeki akan dibuka seluas-luasnya dengan rahmat Allah.

4. Bagaimanakah Al-I’tisam dapat menyampaikan bantuan Sedekah Ramadan ke negara-negara luar sedangkan sekarang dunia sedang menghadapi pandemik Covid-19 dan perjalanan disekat?

Memang tidak dapat dinafikan perjalanan keluar negara sekarang dikenakan SOP yang ketat malah ada yang disekat sama sekali. Untuk makluman, Al-I’tisam telah melaksanakan projek Sedekah Ramadan dan projek-projek lain ratusan kali sejak tahun 2013 lagi.

Dalam tempoh yang lama ini, kami telah menubuhkan kumpulan sukarelawan dan rakan kolaborasi yang komited dan mantap. Oleh itu, walaupun kami berkemungkinan besar tidak akan dapat berada di lokasi seperti tahun-tahun yang lalu, kumpulan sukarelawan dan rakan kolaborasi kami telah terbukti mampu melaksanakan arahan dengan baik dan teratur.

5. Jika kami bersedekah sekarang, dapatkah kami menikmati kelebihan bersedekah dibulan Ramadan seperti yang dijanjikan dalam Al-Quran dan hadith?

Dana terkumpul Sedekah Ramadan akan digunakan dalam bulan Ramadan sahaja. Semua bantuan makanan yang dibeli menggunakan dana Sedekah Ramadan akan disampaikan bermula I Ramadan.

Oleh itu, setiap sumbangan yang disampaikan, insyallah akan tertakluk kepada amal kebajikan yang dilakukan dalam bulan Ramadan. Sama-samalah kita berdoa agar sedekah kita diterima oleh Allah SWT dan diganjari dengan setinggi-tinggi ganjaran dengan izinNYa.

6. Mengapakah kita membantu “orang luar” padahal masih ramai lagi rakyat Malaysia yang hidup susah?

Kami banyak menerima komen seperti ini. Berkemungkinan soalan ini timbul disebabkan salah faham. Seperti yang dinyatakan dalam Perkara 1 diatas, Malaysia adalah salah satu negara sasaran kami. Sebagai organisasi berdaftar di Malaysia, kami sentiasa mengutamakan bantuan kepada penduduk tempatan. Sebagai contoh, sepanjang PKP 1, kami telah membantu hampir 5000 keluarga atau lebih kurang 25,000 orang rakyat Malaysia. Ini adalah jumlah terbesar yang pernah kami bantu untuk satu projek semenjak penubuhan kami.

Islam menegaskan bahawa setiap orang mukmin bersaudara. Nabi menjelaskan tentang nikmat yang diperolehi oleh orang yang membantu saudaranya disaat saudaranya itu sedang menghadapi masalah. Dari Abdullah ibn Umar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda;

“Seorang Muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya disakiti. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan membantu keperluannya. Barang siapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang Muslim maka Allah menghilangkan satu kesusahan baginya dari kesusahan-kesusahan hari kiamat.”

Ini bermakna, samada umat Islam itu rakyat Malaysia atau rakyat negara lain, pertalian persaudaraan tetap bersambung kerana menyembah Allah yang satu. Ini secara langsung menjadi kewajipan kita membantu mereka disaat mereka memerlukan bantuan.

7. Bagaimana untuk memastikan bantuan telak disampaikan kepada penerima?

Sila Mengikuti facebook Al-I'tisam

8. Bolehkah saya mendapat pengecualian cukai jika saya menyertai Sedekah Ramadan Al-I’tisam?

Semua Sedekah Ramadan Ceria Malaysia : Al-I’tisam Relief Program layak mendapat pengecualian cukai. Sila rujuk link berikut untuk maklumat lanjut;
https://alitisam.com/pengecualian-cukai/