fbpx

Sedekah Ramadhan Al-I'tisam Sedekah itu ibarat hujan
Menumbuhkan kebaikan
Dan Menyuburkan Harta
Sedekah Ramadhan 1442H / 2021 Sedekah yang Paling Utama
adalah pada bulan ramadhan
Sedekah Ramadhan 1442 / 2021 "...dan apa saja yang kamu nafkahkan,
maka sesungguhnya Allah mengetahuinya"
Ali 'Imran 3:92

Rakyat Yaman berpuasa dengan penuh cabaran

17 JUTA RAKYAT YAMAN BERPUASA DALAM KEBULURAN

Kebiasaan kita mampu menyediakan beberapa juadah untuk berbuka puasa di bulan Ramadan, tetapi pernahkah kita terfikir berapa jumlah atau jenis makanan yang dinikmati saudara kita di Yaman?

BERI SUMBANGAN

Ramadan kali ini pastinya tidak ada bezanya dengan tahun-tahun sebelum ini. Krisis peperangan yang sudah berlarutan selama enam tahun di negara itu terus menghimpit kehidupan rakyatnya.

Kebanyakan mereka hidup di dalam kem pelarian. Kehidupan mereka terlalu dhaif, tiada kemudahan asas yang sempurna.

Jika pada bulan biasa mereka terpaksa mengutip sisa makanan di dalam tong sampah, merebus daun-daun hijau yang dipetik disekitar kawasan kem demi memastikan anak-anak tidak kebuluran. Cuba anda bayangkan apa yang bakal mereka makan untuk berbuka sepanjang Ramadan yang menjelang tiba.

Mampukah kita melalui apa yang mereka lalui, tergamakkah kita berbuka dengan makanan sedap bersama keluarga sedangkan ribuan saudara kita terpaksa mengalas perut ketika berbuka tanpa makanan sedap walaupun hanya sebiji kurma.

Atas dasar persaudaraan dan kemanusiaan, Al-I’tisam Relief Program Association mengajak RAKYAT MALAYSIA bersama menghulurkan bantuan berbentuk pek Sedekah Ramadan terdiri daripada makanan asas seperti roti. Roti yang disumbangkan adalah hasil keluaran kilang  bakeri Al-I’tisam di Yaman.

Sasaran kami tahun ini untuk membantu 500 keluarga di Yaman. Semoga dengan usaha kecil ini akan menjadi ingatan pada mereka bahawa kesusahan mereka dirasakan kita di Malaysia.

PAKEJ RM10.00

SaveYemenChickenMandy

PAKEJ RM14.00

PekMakanan

PAKEJ RM130.00

Sedekahlah Nescaya Akan Bertambah

Daripada Abi Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:
'Orang yang pemurah hampir dengan Allah,
lagi hampir dengan manusia,lagi hampir dengan syurga
dan jauh daripada api neraka.'
-Riwayat Tirmizi-

Jom lihat Pakej-Pakej Sedekah Ramadhan Kami!

testimoni

Apa yang Disampaikan oleh Penderma Kami kepada Al-I'tisam

“Jangan cuba berdalih atau lari dari tanggungjawab kita sebagai insan prihatin. Penderitaan mereka di luar sana bukan hanya tontonan umum tetapi untuk terus bertindak membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung”.

Maziiana Nana

Assalamualaikum tuan, Saya berminat tengok NGO Al-I'tisam aktif tolong orang dekat Malaysia dan luar negara.Jarang saya tengok NGO yang aktif di malaysia dan antarabangsa secara berterusan 👍.InsyaAllah saya akan berdaftar menjadi sukarelawan.

Hafidzin

Anda melakukan pekerjaan yang luar biasa dengan anak-anak yang memerlukan pertolongan kami dan menyokong orang-orang yang memerlukan di seluruh dunia. Saya pasti akan menyertai anda sebagai sukarelawan!

Ab Hafiz