fbpx

Sedekah Ramadhan Al-I'tisam Sedekah itu ibarat hujan
Menumbuhkan kebaikan
Dan Menyuburkan Harta
Sedekah Ramadhan 1442H / 2021 Sedekah yang Paling Utama
adalah pada bulan ramadhan
Sedekah Ramadhan 1442 / 2021 "...dan apa saja yang kamu nafkahkan,
maka sesungguhnya Allah mengetahuinya"
Ali 'Imran 3:92

13 JUTA RAKYAT SYRIA MEMERLUKAN BANTUAN

10 TAHUN HIDUP SENGSARA

Tahun ini genap 10 tahun rakyat Syria hidup dalam kesengsaraan akibat perang saudara yang meletus sejak 2011. Keadaan makin sukar bagi mereka. Musim sejuk baru saja berlalu, kini memasuki musim panas, petanda Ramadan kembali lagi.

BERI SUMBANGAN

Jika pada bulan biasa mereka hidup serba kekurangan, pasti tidak ada bezanya ketika Ramadan. Kemiskinan dan tiada kemudahan asas terus memburukkan lagi kehidupan mereka. Ditambah ramai yang kehilangan pekerjaan sejak Covid-19 melanda.

Menurut Suruhanjaya Tinggi PBB Bagi Pelarian (UNHCR), 13.4 juta orang  sangat memerlukan bantuan di Syria.

Laporan TV Al-Jazeera mendedahkan, rakyat Syria yang hidup di khemah pelarian terpaksa membeli makanan tarikh luput semata-mata untuk memastikan anak-anak tidak kelaparan. Kebanyakan kanak-kanak Syria berdepan dengan masalah kekurangan zat makanan. 

Jika begitu kehidupan yang perlu mereka tempuhi pada bulan biasa, bagaimana pula mereka ketika Ramadan. Apa agaknya yang mereka makan, jika tiada bantuan daripada luar.

Atas rasa perikemanusiaan dan persaudaraan, Al-I’tisam Relief Program Association merayu kepada RAKYAT MALAYSIA untuk bersama menghulurkan bantuan ikhlas demi meringankan penderitaan mereka, lebih-lebih lagi sepanjang menjalani ibadat puasa.

Sebaik-baik antara kita adalah yang memberi manfaat kepada manusia dan sedekah anda ibarat talian hayat buat mereka.

PEK MAKANAN 

RM130.00

PEK READY-TO-EAT(RTE)

RM10.00

Sedekahlah Nescaya Akan Bertambah

Daripada Abi Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:
'Orang yang pemurah hampir dengan Allah,
lagi hampir dengan manusia,lagi hampir dengan syurga
dan jauh daripada api neraka.'
-Riwayat Tirmizi-

Jom lihat Pakej-Pakej Sedekah Ramadhan Kami!

testimoni

Apa yang Disampaikan oleh Penderma Kami kepada Al-I'tisam

“Jangan cuba berdalih atau lari dari tanggungjawab kita sebagai insan prihatin. Penderitaan mereka di luar sana bukan hanya tontonan umum tetapi untuk terus bertindak membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung”.

Maziiana Nana

Assalamualaikum tuan, Saya berminat tengok NGO Al-I'tisam aktif tolong orang dekat Malaysia dan luar negara.Jarang saya tengok NGO yang aktif di malaysia dan antarabangsa secara berterusan 👍.InsyaAllah saya akan berdaftar menjadi sukarelawan.

Hafidzin

Anda melakukan pekerjaan yang luar biasa dengan anak-anak yang memerlukan pertolongan kami dan menyokong orang-orang yang memerlukan di seluruh dunia. Saya pasti akan menyertai anda sebagai sukarelawan!

Ab Hafiz