fbpx

Sedekah Ramadhan Al-I'tisam Sedekah itu ibarat hujan
Menumbuhkan kebaikan
Dan Menyuburkan Harta
Sedekah Ramadhan 1442H / 2021 Sedekah yang Paling Utama
adalah pada bulan ramadhan
Sedekah Ramadhan 1442 / 2021 "...dan apa saja yang kamu nafkahkan,
maka sesungguhnya Allah mengetahuinya"
Ali 'Imran 3:92

Palestin ialah satu nama yang tidak asing lagi buat umat Islam.

BAGAIMANA RAKYAT PALESTIN BERPUASA RAMADAN INI?

Alhamdulillah, berita tentang keputusan pentadbiran Joe Biden pada 7 April 2021 untuk kembali menyumbang kepada UNRWA sebanyak USD150 juta mungkin memberi sedikit kelegaan kepada warga Palestin. Namun, walaupun Joe Biden sudah membuat keputusan, tetapi belum dipastikan bilakah wang sumbangan tersebut akan sampai kepada rakyat Palestin.

BERI SUMBANGAN

UNRWA atau United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees ditubuhkan bagi membantu kehidupan rakyat Palestin seperti makanan, air bersih dan sebagainya. Donald Trump yang secara jelas melalui tindak tanduknya adalah seorang Presiden Amerika yang sangat anti-Palestin dan pro kepada rejim Zionis yang zalim dipimpin oleh Netanyahu. Jadi, tidak memeranjatkan kita apabila beliau membatalkan sumbangan tahunan USD300 juta Amerika kepada UNRWA pada Ogos 2018.

Dianggarkan 620,000 rakyat Palestin terpaksa hidup dengan purata perbelanjaan harian KELUARGA kurang daripada USD1.60 (RM6.80) sehari. Manakala 320,000 orang lagi berada pada tahap sedikit baik iaitu USD3.20 (RM13.50) sehari. Ini bermakna, lebih kurang 1.0 juta rakyat Palestin berada dalam kumpulan miskin dan miskin tegar. Kumpulan ini sentiasa bergantung kepada bantuan luar termasuk UNRWA dan NGO seperti Al-I’tisam untuk bekalan makanan harian keluarga.

Berapakah perbelanjaan kita sehari untuk makan tengahari pada hari bekerja? Adakah puratanya sekitar RM15.00? Jika betul, perbelanjaan seorang rakyat Malaysia sehari untuk sekali makan sahaja sama dengan dengan perbelanjaan sebuah keluarga di Gaza satu hari.

Bayangkanlah, betapa susahnya kehidupan rakyat Palestin terutama dalam menghadapi bulan Ramadan ini!

Jom, jangan tunggu lagi. Kita menyumbang kepada Projek Sedekah Ramadan Palestin. Kita indahkan Ramadan mereka dengan sumbangan makanan dan meriahkan amalan kita di bulan penuh keberkatan ini dengan sedekah.

Sedekahlah Nescaya Akan Bertambah

Daripada Abi Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:
'Orang yang pemurah hampir dengan Allah,
lagi hampir dengan manusia,lagi hampir dengan syurga
dan jauh daripada api neraka.'
-Riwayat Tirmizi-

Jom lihat Pakej-Pakej Sedekah Ramadhan Kami!

testimoni

Apa yang Disampaikan oleh Penderma Kami kepada Al-I'tisam

“Jangan cuba berdalih atau lari dari tanggungjawab kita sebagai insan prihatin. Penderitaan mereka di luar sana bukan hanya tontonan umum tetapi untuk terus bertindak membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung”.

Maziiana Nana

Assalamualaikum tuan, Saya berminat tengok NGO Al-I'tisam aktif tolong orang dekat Malaysia dan luar negara.Jarang saya tengok NGO yang aktif di malaysia dan antarabangsa secara berterusan 👍.InsyaAllah saya akan berdaftar menjadi sukarelawan.

Hafidzin

Anda melakukan pekerjaan yang luar biasa dengan anak-anak yang memerlukan pertolongan kami dan menyokong orang-orang yang memerlukan di seluruh dunia. Saya pasti akan menyertai anda sebagai sukarelawan!

Ab Hafiz