fbpx

Sedekah Ramadhan Al-I'tisam Sedekah itu ibarat hujan
Menumbuhkan kebaikan
Dan Menyuburkan Harta
Sedekah Ramadhan 1442H / 2021 Sedekah yang Paling Utama
adalah pada bulan ramadhan
Sedekah Ramadhan 1442 / 2021 "...dan apa saja yang kamu nafkahkan,
maka sesungguhnya Allah mengetahuinya"
Ali 'Imran 3:92

25% daripada rakyatnya hidup di bawah garisan kemiskinan

UMAT ISLAM NEPAL HIDUP DALAM KEDHAIFAN

Tahukah anda ada lebih setengah juta umat Islam di Nepal atau kira-kita 3.3% dari keseluruhan penduduk Nepal!

BERI SUMBANGAN

Islam adalah agama ke-3 terbesar dianuti di Nepal. Ini berbanding dengan agama hindu yang mempunyai 81% rakyat Nepal memilih agama tersebut.

Kebanyakan umat Islam tinggal di kawasan Terai, tanah landai memanjang dari timur ke barat di sepanjang kawasan sempadan dengan India.

Seperti kelazimannya, apabila umat Islam merupakan kumpulan minoriti di negara mereka, mereka akan hidup terpinggir, tercicir dalam serba serbi; kemajuan, pendidikan, bantuan dan sebagainya. Impak kepada situasi demikian ialah kemiskinan dan kadar buta huruf yang tinggi.

Umat islam yang hidup dalam suasana demikian tidak akan mampu untuk bangun memajukan diri sendirian tanpa bantuan umat islam yang lebih terkehadapan di negara-negara lain.

Kami telah memulakan langkah menyantuni umat Islam di Nepal sejak tahun 2020. Beberapa projek bantuan telah dijalankan seperti korban, pembinaan telaga tiub dan bantuan musim sejuk.

Kami ingin meneruskan langkah ini dengan menjalankan buat pertama kalinya projek Sedekah Ramadan 1442H di beberapa daerah di Nepal. Sempena semangat Ramadan dan kasih sayang sesama umat, kami merayu kepada seluruh umat Islam menyokong projek ini dan kita bersama-sama menunjukan sikap mulia umat Islam di Malaysia yang sentiasa prihatin dengan saudara seagama kita yang memerlukan bantuan.

Menyumbang lah se Projek Sedekah Ramadan Nepal. Semoga Allah SWT membuka pintu rezeki dan pintu syurga seluas-luasnya untuk kita sekeluarga.

Sedekahlah Nescaya Akan Bertambah

Daripada Abi Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:
'Orang yang pemurah hampir dengan Allah,
lagi hampir dengan manusia,lagi hampir dengan syurga
dan jauh daripada api neraka.'
-Riwayat Tirmizi-

Jom lihat Pakej-Pakej Sedekah Ramadhan Kami!

testimoni

Apa yang Disampaikan oleh Penderma Kami kepada Al-I'tisam

“Jangan cuba berdalih atau lari dari tanggungjawab kita sebagai insan prihatin. Penderitaan mereka di luar sana bukan hanya tontonan umum tetapi untuk terus bertindak membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung”.

Maziiana Nana

Assalamualaikum tuan, Saya berminat tengok NGO Al-I'tisam aktif tolong orang dekat Malaysia dan luar negara.Jarang saya tengok NGO yang aktif di malaysia dan antarabangsa secara berterusan 👍.InsyaAllah saya akan berdaftar menjadi sukarelawan.

Hafidzin

Anda melakukan pekerjaan yang luar biasa dengan anak-anak yang memerlukan pertolongan kami dan menyokong orang-orang yang memerlukan di seluruh dunia. Saya pasti akan menyertai anda sebagai sukarelawan!

Ab Hafiz