fbpx

Sedekah Ramadhan Al-I'tisam Sedekah itu ibarat hujan
Menumbuhkan kebaikan
Dan Menyuburkan Harta
Sedekah Ramadhan 1442H / 2021 Sedekah yang Paling Utama
adalah pada bulan ramadhan
Sedekah Ramadhan 1442 / 2021 "...dan apa saja yang kamu nafkahkan,
maka sesungguhnya Allah mengetahuinya"
Ali 'Imran 3:92

SEDEKAH RAMADAN LUBNAN

KENAPA NAK BANTU LUBNAN?

Lubnan sedang menghadapi kesan terburuk daripada krisis ekonomi berlanjutan yang menekan kehidupan rakyat dan simpanan mereka, dimasa yang sama memburukkan lagi kadar inflasi, kemiskinan serta pengangguran dimana secara langsung menyebabkan nilai pound Lubnan terus merudum.

BERI SUMBANGAN

Berikut adalah diantara kesan daripada keruntuhan ekonomi yang belum pernah terjadi sebelum ini;

1. Kejatuhan nilai matawang Lubnan.

Sejak Oktober 2019, nilai Pound Lubnan telah merudum sehingga 90% daripada nilai asalnya. Kadar tukaran rasmi hari ini ditetapkan (pegged) pada 1,507 pound pada setiap satu dolar Amerika. Ini berbanding dengan kadar tukaran pasar gelap yang telah melepasi tahap 15,000 pound satu dolar.

2. Kadar inflasi tidak terkawal.

Kadar inflasi pada tahun 2020 direkodkan pada tahap 84%. Kejatuhan nilai matawang adalah diantara penyebab utama kepada kadar inflasi tersebut.

3. Lebih 55% rakyat Lubnan berisiko tergolong dalam kemiskinan………… berpendapatan kurang dari USD4.00 sehari.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 55% rakyat Lubnan berada dibawah paras kemiskinan, iaitu pendapatan kurang daripada USD3.64 sehari. Menurut sumber yang sama, tahap miskin tegar meningkat kepada 23%. Hasil kajian ini hampir sama dengan keadaan kemiskinan di Syria dan Palestin yang telah berada dalam kancah peperangan dari dahulu sehingga sekarang.

4. Harga barang memuncak, 35% rakyat Lubnan terpaksa kurangkan makan.

Berdasarkan tinjauan World Food Program dan Bank Dunia pada penghujung tahun 2020, 35% rakyat Lubnan terpaksa mengurangkan kadar pengambilan makanan sehari. Ada yang makan hanya dua kali sehari dan ada yang makan sekali sehari sahaja.

Hasil kajian harga barang makanan semasa berbanding tahun 2019 (dalam kurungan) adalah seperti berikut;

a) Beras per kg - 10000 LBP (2500 LBP)
b) Minyak masak per liter - 16000 (5000 LBP)
c) Tepung per kg - 5000 LBP (1000 LBP)
d) Gula - 10000 LBP (2500 LBP)

Sebuah organisasi bukan kerajaan mengatakan 60% rakyat Lubnan sedang berhadapan krisis makanan sama seperti situasi di Yemen sekarang.

5. Nilai gaji minima jatuh mendadak.

Tahap gaji minima di Lubnan tahun 2019 adalah lebih kurang 675,000 LBP (USD450) berbanding tahun 2021 iaitu 675,000 LBP (USD52).

Kadar pendapatan tidak berubah dalam matawang tempatan namun kejatuhan matawang menyebabkan nilai gaji dalam USD jatuh sebanyak 865%.

Oleh yang demikian, Al-I’tisam telah menjadikan Lubnan sebagai negara ke-10 dalam senarai negara-negara yang dibantu melalui Projek Sedekah Ramadan 1442H/2021.

Kami tidak mampu melaksanakannya tanpa bantuan anda semua. Bantulah, sedekahlah. Semoga Ramadan kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, Insya-Allah.

Sedekahlah Nescaya Akan Bertambah

Daripada Abi Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:
'Orang yang pemurah hampir dengan Allah,
lagi hampir dengan manusia,lagi hampir dengan syurga
dan jauh daripada api neraka.'
-Riwayat Tirmizi-

Jom lihat Pakej-Pakej Sedekah Ramadhan Kami!

testimoni

Apa yang Disampaikan oleh Penderma Kami kepada Al-I'tisam

“Jangan cuba berdalih atau lari dari tanggungjawab kita sebagai insan prihatin. Penderitaan mereka di luar sana bukan hanya tontonan umum tetapi untuk terus bertindak membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung”.

Maziiana Nana

Assalamualaikum tuan, Saya berminat tengok NGO Al-I'tisam aktif tolong orang dekat Malaysia dan luar negara.Jarang saya tengok NGO yang aktif di malaysia dan antarabangsa secara berterusan 👍.InsyaAllah saya akan berdaftar menjadi sukarelawan.

Hafidzin

Anda melakukan pekerjaan yang luar biasa dengan anak-anak yang memerlukan pertolongan kami dan menyokong orang-orang yang memerlukan di seluruh dunia. Saya pasti akan menyertai anda sebagai sukarelawan!

Ab Hafiz