fbpx

Sedekah Ramadhan Al-I'tisam Sedekah itu ibarat hujan
Menumbuhkan kebaikan
Dan Menyuburkan Harta
Sedekah Ramadhan 1442H / 2021 Sedekah yang Paling Utama
adalah pada bulan ramadhan
Sedekah Ramadhan 1442 / 2021 "...dan apa saja yang kamu nafkahkan,
maka sesungguhnya Allah mengetahuinya"
Ali 'Imran 3:92

PUASA SATU HARI, PAHALA 2 HARI!

Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Al-Baihaqi)

BERI SUMBANGAN

CERIAKAN SAUDARA KITA SEPANJANG RAMADAN

Masih ramai daripada kira-kira 40,000 mangsa banjir di enam negeri masih belum mampu bangkit daripada kerugian yang dialami. Pastinya mereka terfikir bagaimana Ramadan tahun ini.

Bukan setakat banjir tetapi pandemik Covid-19 menjadi penyumbang kepada lebih 800 ribu orang hilang pekerjaan di negara ini. Manakala 75 peratus jumlah keseluruhan pekerja yang dibuang adalah terdiri daripada golongan B40.

Kita tidak akan tahu apa rasanya hilang harta benda dan pekerjaan dalam sekelip mata. Dulu biasa makan makanan sedap tetapi bila diuji dengan banjir dan hilang pekerjaan, pasti berkira-kira untuk berbelanja.

Sebagai sebuah NGO yang prihatin tanpa mengira agama dan bangsa, tahun ini Al-I’tisam Relief Program Association mengajak Rakyat Malaysia yang berkemampuan, berkongsi rezeki untuk membantu 2,000 keluarga di Selangor (800 keluarga), Tumpat Kelantan (600 Keluarga), Melaka (300 keluarga) dan Kudat, Sabah (300).

Asnaf yang disantuni pastinya terdiri daripada fakir miskin di kawasan pedalaman dan bandar, anak yatim, masyarakat Orang Asli, mualaf dan orang kurang upaya (OKU). Moga bantuan pek makanan ini bakal mengukir senyuman di wajah mereka sepajang menjalani ibadat puasa nanti.

Sedekahlah Nescaya Akan Bertambah

Daripada Abi Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:
'Orang yang pemurah hampir dengan Allah,
lagi hampir dengan manusia,lagi hampir dengan syurga
dan jauh daripada api neraka.'
-Riwayat Tirmizi-

Jom lihat Pakej-Pakej Sedekah Ramadhan Kami!

testimoni

Apa yang Disampaikan oleh Penderma Kami kepada Al-I'tisam

“Jangan cuba berdalih atau lari dari tanggungjawab kita sebagai insan prihatin. Penderitaan mereka di luar sana bukan hanya tontonan umum tetapi untuk terus bertindak membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung”.

Maziiana Nana

Assalamualaikum tuan, Saya berminat tengok NGO Al-I'tisam aktif tolong orang dekat Malaysia dan luar negara.Jarang saya tengok NGO yang aktif di malaysia dan antarabangsa secara berterusan 👍.InsyaAllah saya akan berdaftar menjadi sukarelawan.

Hafidzin

Anda melakukan pekerjaan yang luar biasa dengan anak-anak yang memerlukan pertolongan kami dan menyokong orang-orang yang memerlukan di seluruh dunia. Saya pasti akan menyertai anda sebagai sukarelawan!

Ab Hafiz