fbpx

Sedekah Ramadhan Al-I'tisam Sedekah itu ibarat hujan
Menumbuhkan kebaikan
Dan Menyuburkan Harta
Sedekah Ramadhan 1442H / 2021 Sedekah yang Paling Utama
adalah pada bulan ramadhan
Sedekah Ramadhan 1442 / 2021 "...dan apa saja yang kamu nafkahkan,
maka sesungguhnya Allah mengetahuinya"
Ali 'Imran 3:92

SESUAP NASI CUKUP MENGGEMBIRAKAN

UMAT ISLAM KEMBOJA WARISI KEMISKINAN AKIBAT PEPERANGAN DAN KURANG PENDIDIKAN

Ketika ini kebanyakan yang tinggal di kawasan pedalaman hanya warga tua kerana golongan mudanya ramai berhijrah ke bandar atau negara lain mencari pekerjaan.

BERI SUMBANGAN

Kemboja turut berdepan pandemik Covid-19, ramai rakyatnya hilang pekerjaan, baik di dalam negara mahupun yang bekerja di Thailand atau Malaysia.

Penduduk Islam di negara ini hidup terpinggir daripada kemajuan. Kekurangan pendidikan dan kemudahan asas menyebabkan mereka tidak mampu keluar daripada cengkaman kemiskinan.

Hanya sebahagian tempat terdapat bekalan air paip seperti kita. Manakala yang lain hanya bergantung dengan air hujan mahupun telaga.

Umat Islam kebanyakan tinggal di kampung tradisi. Tanah nenek moyang yang dulunya luas tetapi sudah dibahagi-bahagi sesama pewaris selama bergenerasi menjadikan keluasan tanah milik keluarga semakin kecil.

Kawasan pertanian turut menjadi semakin sempit dan hasilnya tidak mencukupi menampung keperluan keluarga.

Kehidupan mereka sudah bebas daripada peperangan sesama manusia tetapi mereka masih terpaksa berperang dengan kemiskinan yang berterusan.

Tidak sanggup melihat penderitaan mereka, sedangkan kita berpuasa dengan selesa. Sempena Ramadan 2021, Al-I’tisam Relief Program Association mengajak RAKYAT MALAYSIA bersama membantu saudara kita di Kemboja, agar mereka dapat berpuasa tanpa memikirkan juadah untuk bersahur mahupun berbuka.

Beberapa pakej bantuan memudahkan anda untuk memilih menghulurkan bantuan mengikut kemampuan. Moga dengan bantuan anda dapat mengukir sedikit senyuman di wajah mereka sepanjang Ramadan.

Sedekahlah Nescaya Akan Bertambah

Daripada Abi Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:
'Orang yang pemurah hampir dengan Allah,
lagi hampir dengan manusia,lagi hampir dengan syurga
dan jauh daripada api neraka.'
-Riwayat Tirmizi-

Jom lihat Pakej-Pakej Sedekah Ramadhan Kami!

testimoni

Apa yang Disampaikan oleh Penderma Kami kepada Al-I'tisam

“Jangan cuba berdalih atau lari dari tanggungjawab kita sebagai insan prihatin. Penderitaan mereka di luar sana bukan hanya tontonan umum tetapi untuk terus bertindak membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung”.

Maziiana Nana

Assalamualaikum tuan, Saya berminat tengok NGO Al-I'tisam aktif tolong orang dekat Malaysia dan luar negara.Jarang saya tengok NGO yang aktif di malaysia dan antarabangsa secara berterusan 👍.InsyaAllah saya akan berdaftar menjadi sukarelawan.

Hafidzin

Anda melakukan pekerjaan yang luar biasa dengan anak-anak yang memerlukan pertolongan kami dan menyokong orang-orang yang memerlukan di seluruh dunia. Saya pasti akan menyertai anda sebagai sukarelawan!

Ab Hafiz