fbpx

Sedekah Ramadan Lubnan Minggu-1

1 – 3 Ramadan 1442H / 13 – 15 April 2021

Lokasi Saadnayel & Barelias, Lembah Bekaa, Beirut.

SASARAN

  • Kumpulan miskin tegar masyarakat Sunni Muslim di kawasan Lembah Bekaa. Lebih 50% rakyat Lubnan tergolong dalam kategori miskin tegar dengan kadar sarahidup kurang daripada USD1.00 (RM4.50) sehari.
  • Penerima terdiri daripada warga Sunni Muslim sebahagian menjadi fakir akibat keadaan politik tidak stabil berpanjangan, kejatuhan ekonomi berlanjutan tanpa kawalan dan kejatuhan nilai matawang Lubnan sehingga 90% berbanding dolar Amerika. Akibat daripada itu, kadar kemiskinan di Lubnan turut menyamai kadar kemiskinan negara-negara yang terlibat dalam peperangan seperti Syria dan Palestin.
  • Sebahagian kumpulan sasaran terdiri daripada bekas pekerja Pelabuhan Beirut kehilangan kerja akibat letupan besar di pelabuhan tersebut.

CARA EDARAN

Makanan dimasak didapur yang diuruskan sendiri oleh rakan kerjasama di Beirut dan kemuadian diedarkan dari rumah ke rumah. Kumpulan sasaran sudah dikenalpasti melalui kajian penilaian projek sebelum projek dilaksanakan.

BANTUAN

Makanan iftar sedia dimasak sebanyak 300 pek sehari selama 3 hari, jumlah 900 pek. Kandungan setiap pek ialah nasi, ayam, salad, roti dsb. Setiap pek cukup untuk 2 orang makan.

 

CABARAN 

Edaran 300 pek sehari adalah terlalu sedikit berbanding dengan ribuan fakir miskin dikawasan kami beroperasi.

Selain itu, sedikit sukar mendapatkan bahan masakan kerana tidak banyak kedai dan pasar yang masih beroperasi. Ini disebabkan kesukaran mendapatkan bekalan disamping harga barang telah menjadi terlalu mahal dan diluar kemampuan sebahagian besar rakyat biasa.

Kami dimaklumkan juga, kejadian orang mati kebuluran sudah menjadi perkara biasa di Beirut. Ahli-ahli politik yang kerap bertelagah menyebabkan tidak ada masa untuk mereka mentadbir negara dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Keadaan menjadi semakin teruk dengan merebaknya penyakit Covid-19. Langkah-langkah pencegahan amat kurang dan sektor penjagaan kesihatan tidak lagi mampu berfungsi sepenuhnya. Banyak negara luar telah mengeluarkan amaran perjalanan ke Beirut yang dikategorikan sebagai bahaya dan berisiko tinggi.

 

RAYUAN

Masyarakat sunni muslim memohon kepada rakyat Malaysia untuk terus membantu mereka disaat yang genting sekarang ini. Mereka tidak mempunyai kekuatan ketenteraan ataupun ekonomi seperti yang dimiliki oleh puak Syiah dibawah kepimpinan Hassan Nasrullah.

Ini menyebabkan masyarakat sunni muslim sering menjadi mangsa dalam perebutan bekalan makanan dan juga keganasan.

Maklumat Tambahan

  • Rakyat Lubnan terbahagi kepada beberapa kumpulan besar mengikut agama;
    1. Sunni muslim – 22.40%
    2. Syiah – 25.40% 
    3. Kristian maronite – 27.52%.
    4. Lain agama – 75.32%
  • Sistem kerajaan Lubnan membahagikan kuasa politik seperti berikut;
    1. Presiden – Kristian Maronite
    2. Perdana menteri – Sunni muslim
    3. Speaker parlimen – Syiah
  • Para penganalisis berpendapat walaupun pada awalnya pembahagian ini nampak pilihan terbaik dan adil dalam perkongsian kuasa dikalangan kumpulan terbesar tetapi sekarang dilihat sebagai punca perbalahan antara kumpulan yang tidak berkesudahan.

  • Akibat daripada keadaan politik yang tidak stabil dan kekecohan politik berpanjangan, ekonomi Lubnan runtuh, nilai matawang jatuh sehingga ke tahap 90% dolar Amerika, kadar pengangguran lebih 55% dan sebagainya.

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *