fbpx

Perkembangan terkini Projek sedekah Ramadhan Rohingya 2021

Perkembangan terkini Projek sedekah Ramadhan Rohingya 2021. Sebanyak 50 pek barangan makanan telah diagihkan kepada 50 keluarga Rohingya di Bawdupha Village, Sittwe, Rakhine State, Myanmar.

Setiap satu pek makanan mengandungi 8 jenis barangan keperluan harian dan boleh menampung keperluan sekeluarga selama 2 minggu atau lebih bergantung kepada jumlah isi rumah.

Tarikh bermula puasa di Myanmar pada hari Rabu 14 April 2021. Sumbangan makanan dalam bentuk sedia dimakan juga sudah bermula pada hari pertama Ramadhan di Myanmar.

Kami akan mengemaskini setiap perkembangan dari semasa ke semasa. Untuk makluman talian internet di Myanmar masih lagi terputus hampir 2 bulan semenjak rampasan kuasa oleh tentera pada 1 Februari 2021.

Walaubagaimanapun petugas-petugas kami di Myanmar dapat mengatasi halangan ini dan mohon doakan projek sedekah Ramadhan Rohingya di Myanmar ini dapat berjalan dengan jayanya. Aameen Ya Allah

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *