fbpx

Pengecualian Cukai

Projek Sedekah Ramadhan 1442H/2021

1. Apakah syarat-syarat bagi mendapatkan pengecualian cukai tersebut?

a) Penyumbang mestilah seorang individu warganegara Malaysia atau sebuah syarikat atau organisasi yang berdaftar di Malaysia.

b) Jumlah minima sumbangan anda setahun mestilah sekurang-kurangnya RM20.00. Mohon ambil perhatian bahawa proses menguruskan pengecualian cukai anda memerlukan kos pentadbiran termasuk kos kakitangan, pos dan sebagainya. Oleh yang demikian, penetapan sumbangan minima ini adalah penting bagi kami bagi menampung kos tambahan yang perlu dibelanjakan. NOTA : TIDAK ADA HAD untuk jumlah maksima sumbangan anda kepada al-I’tisam untuk tujuan mendapatkan pengecualian cukai.

c) Seperti yang disyaratkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, semua penyumbang yang memerlukan pengecualian cukai perlu memaklumkan maklumat berikut kepada Al-I’tisam;
i. Nama penuh penyumbang seperti dalam kad pengenalan atau sijil pendaftaran syarikat atau organisasi.
ii. Nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat atau organisasi. iii. Alamat penuh penyumbang.
iv. Kami juga memerlukan nombor telefon dan e-mail anda bagi kami menghubungi anda, jika perlu.

2. Bilakah resit pengecualian cukai dikeluarkan oleh Al-I’tisam?

PERINGATAN PENTING • Resit pengecualian cukai akan dikeluarkan atas permintaan para penyumbang sahaja.
• Jumlah sumbangan anda setahun minima RM20.00 sebulan.
• Permohonan hanya boleh dibuat pada tahun sumbangan itu dibuat.
• Kami akan mengeluarkan 2 jenis resit

1) Resit cetakan komputer.
- Resit ini akan dikeluarkan untuk setiap sumbangan sebaik sahaja kami sudah mengesahkan sumbangan anda sudah dikreditkan ke akaun bank kami.
- Dimasa yang sama, penyumbang juga menyertakan alamat e-Mail mereka semasa membuat sumbangan.

2) Resit pengecualian cukai tulisan tangan.
- Resit ini disediakan pada bulan Januari dan Februari tahun berikutnya dengan syarat;
i. Penyumbang memohon daripada Al-I’tisam bagi mendapatkan resit tersebut seperti dinyatakan diatas.
ii. Jumlah sumbangan sekurang-kurangnya RM20 untuk tahun tersebut.
iii. Resit akan dihantar melalui pos dialamat yang diberikan oleh penyumbang.

3. Bolehkah saya memohon salinan resit pengecualian cukai?

Ya boleh. Walau bagaimana pun, permohonan akan hanya dibenarkan dibuat sekali sahaja setahun bagi memastikan urusan pentadbiran berjalan lancar.

4. Bolehkah saya mendapatkan pengecualian cukai jika saya menyumbang melalui platform pengumpulan dana?

Maaf, tidak boleh.