fbpx

Pek bantuan makanan Sedekah Ramadan Kemboja tersedia menanti agihan 1 ramadan 2021

Agihan bantuan Sedekah Ramadan 1442/2021 Kemboja akan dimulakan pada hari Selasa 13 April bersamaan 1 Ramadan di Kg.Ampil, Wilayah Cham. Sebanyak 50 keluarga asnaf akan menerima pek makanan ini yang bernilai RM130.

Kehadiran bantuan pek makanan Sedekah Ramadan Al-I’tisam bersesuaian dengan keadaan Kemboja yang ketika ini di arahkan untuk menjalani berkurung selama dua minggu bermula 7 April berikutan kenaikan kes covid-19 meningkat.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Keadaan ini menambahkan lagi keperitan hidup masyarakat miskin terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman untuk mendapatkan sumber makanan terutamanya warga tua. Namun dengan adanya bantuan pakej Sedekah Ramadan Al-I’tisam pada 1 Ramadan ini serba sedikit kesulitan yang dihadapi dapat dikurangkan. Bantuan ini dapat dijadikan bekalan makanan buat bersahur dan meneruskan puasa hingga ke penghujung Ramadan dengan lebih baik.

Masih ramai lagi yang memerlukan bantuan makanan Ramadan dan diharapkan anda di luar sana dapat berkongsi rezeki bagi menambah lagi kuantiti bantuan pakej makanan di Kemboja ini.

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *