fbpx

Jom Pertingkatkan Amal Kebajikan Di Bulan Ramadhan

null
PROGRAM KEBAJIKAN SEDEKAH RAMADHAN 1442H/2021 akan dilaksanakan khas untuk; umat Islam di negara-negara yang menghadapi kemusnahan perang [YEMEN, SYRIA, PALESTIN], warga ROHINGYA yang dizalimi dan ditindas [BANGLADESH dan MYANMAR], umat Islam yang miskin dan terpinggir [INDIA, NEPAL, KEMBOJA]; dan tidak juga dilupakan warga asnaf di negara MALAYSIA tercinta.
Mulakan Sedekah

JOM BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN

SUMBANGAN SEDEKAH RAMADHAN ANDA

Kami ingin membuat penegasan bahawa sedekah yang kami terima untuk PROGRAM KEBAJIKAN SEDEKAH RAMADHAN akan HANYA digunakan untuk program ini sahaja. Oleh yang demikian, kami amat mengharapkan untuk tuan puan mula menyampaikan sedekah tuan puan BUKAN sahaja dibulan Ramadhan tetapi daripada sebelum bulan suci itu bermula lagi.

Program Kebajikan Sedekah Ramadhan akan kami laksanakan di 9 buah negara seperti yang dinyatakan sebelum ini. Ada di antara negara-negara tersebut telah hancur oleh pelbagai konflik yang berpanjangan. Bagi melakukan perjalanan di negara-negara yang dimaksudkan memerlukan perancangan rapi kerana keadaan yang sangat bahaya. Dalam negara tertentu, surat kebenaran perlu dipohon terlebih dahulu daripada pihak-pihak yang berperang. Ini bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan. Semua ini perlu diuruskan awal bagi memastikan perjalanan dan program yang akan dilaksanakan selamat tanpa sebarang gangguan

0
Jumlah Keluarga Dibantu
0
Buah Roti Segar Dibekalkan
0
Pek Makanan Sedia Dimasak
0
Bakul Pakej Makanan
Mulakan Sedekah

Rasulullah SAW bersabda,

“Jagalah diri kalian dari api neraka, meski hanya dengan bersedekah sepotong kurma”.