fbpx

Berbuka Bersama Roti Percuma

Zabid: Sebanyak 45,000 roti diagihkan secara percuma kepada orang ramai terutama golongan asnaf pada hari pertama Ramadan.

Ketua Sukarelawan di Zabid ,Yaman , Abd Razak berkata agihan kepada 750 keluarga menggunakan sistem stesen roti iaitu menempatkan roti berdekatan kawasan tempat tinggal mereka itu bertujuan menceriakan hari pertama puasa.

Tidak semua orang mampu menikmati lauk ayam bersama nasi mandi terutama keluarga yang susah dan mempunyai ramai anak , kerana rata-ratanya mereka datang daripada keluarga yang sangat miskin.
Pengagihan roti percuma ini menggunakan dana sumbangan orang ramai yang mula dikumpul melalui pelbagai saluran termasuk media sejak sebulan lalu.

Usaha ini diharap dapat meringankan sedikit beban ahli keluarga yang masih terkesan dengan penularan pandemik COVID-19 dan akibat perang hingga menjejaskan punca pendapatan keluarga.

 

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *