fbpx

BANTUAN RAMADAN UNTUK GOLONGAN FAKIR ORANG MUSLIM NEPAL

Al-I’tisam telah memulakan pengagihan pek makanan kering kepada golongan fakir dalam kalangan orang Islam di Nepal. Sukarelawan kami telah mengagihkan sebanyak 80 pek makanan kering kepada 80 buah keluarga di Daerah Siraha. Pengagihan tersebut bermula pada hari pertama sehingga ke minggu kedua bulan yang mulia ini.

Pek makanan kering tersebut mengandungi 6 bahan makanan yang mencukupi bagi satu keluarga untuk satu bulan Ramadan. Golongan muslim yang merupakan komuniti yang termiskin dan dipinggirkan di negara terletak di banjaran Himalaya tersebut.

Projek Sedekah Ramadan Nepal ini akan berterusan sepanjang bulan Ramadan ini. Moga Ramadan pada tahun ini lebih indah buat penerima bantuan ini.

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *